Sabda Rasulullah S.A.W :
" Orang yang berpegang pada sunnahku pada saat
umatku dilanda kerosakan , maka pahalanya seperti seorang yang gugur
syahid "
2 * Makan buah sebelum breakfast, lunch dan dinner
3 * Jangan minum air semasa makan
Saya pasti ramai antara kita pernah mengalami perut buncit.
Nak tahu kenapa? Hah, perut buncit terjadi disebabkan sistem penghadaman yang
kurang baik kerana minum air semasa makan. Dalam proses penghadaman kita,
terdapat enzim yang membantu untuk mencernakan makanan. Air yang diminum ketika
makan menyebabkan kepekatan enzim ini berkurang dan menjejaskan
keberkesanannya. Jadi, minumlah air sekurang-kurangnya 15-30 minit sebelum dan
selepas makan.
4 * Jangan bernafas ke dalam air ketika minum
Apabila kita menghembus ketika minum, kita sebenarnya telah
mengeluarkan CO2 (carbon dioxide. Kemudian, bilamana CO2 ini bercampur
dengan air, ia akan menghasilkan H2CO3 (carbonic acid) yang boleh disamakan
dengan cuka. Apa yang kita tahu, asid ataupun cuka ini bertindak sebagai agen
penghakis. Jadi, ia boleh menghakis sistem pencernaan kita yang boleh
menyebabkan kerosakan organ dalaman. Na'uzubillah...
5 * Jangan meniup air yang panas
Rasionalnya sama juga seperti pernyataan di atas iaitu
mengeluarkan CO2. Rasulullah juga tidak menggemari makanan/minuman yang sangat
panas kerana tiada barakahnya dan diibaratkan seperti memakan api. Justeru,
biarkan dahulu makanan itu berkurang panasnya dan bersabarlah untuk
menikmatinya.
6 * Kunyah makanan secara perlahan-lahan dengan mulut yang
tertutup rapat
Masih ramai yang makan dengan mulut ternganga sehingga ada
yang mengeluarkan bunyi, menimbulkan ketidakselesaan orang sekeliling. Makan
dengan mulut yang ternganga juga sebenarnya boleh mempamerkan peribadi kita
yang kurang sopan, berkemungkinan akan disalahertikan. Oleh itu, makanlah
dengan mulut yang tertutup tanpa menngeluarkan bunyi demi menjaga peribadi kita
sebagai seorang Muslim yang beradab.
7 * Makan dengan tangan tanpa menggunakan sudu atau garpu
dan jilat jari sesudah selesai
Ahli saintis telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung
di celah-celah jari. Oleh sebab itulah, Rasulullah mengajar kita makan
menggunakan tangan dan menjilat jari sesudah selesai makan bagi mempercepatkan
proses pencernaan. Usah malu untuk makan dengan tangan dan menjilat jari ketika
di khalayak ramai. Tetapi, perlu diingatkan...jangan lupa membasuh tangan
sebelum dan selepas makan..serta berpada-padalah dalam menjilat jari supaya
orang yang melihatnya tidak berasa geli.
8 * Makanan darat tidak boleh bercampur dengan makanan laut
Kebanyakan majlis menghidangkan dua jenis makanan iaitu
makanan darat (ayam, lembu, kambing dll) dan laut (ikan, sotong, udang dll).
Hal ini adalah untuk memberi kemudahan bagi mereka yang tidak boleh menjamah
salah satu jenis hidangan ini. Tetapi bagi seseorang yang boleh menikmati
kedua-dua jenis makanan ini, seeloknya, ambillah satu jenis hidangan sahaja.
Saintis membuktikan bahawa ion yang terkandung dalam makanan darat adalah
bercas positif (+) manakala makanan laut bercas negatif (-). Tindak balas biokimia
yang terhasil boleh merosakkan usus. Nabi juga menegah kita makan ikan bersama
susu kerana susu terhasil daripada ternakan darat.
9 Dinner sebelum maghrib menjelang
Rasulullah makan malam sebelum waktu maghrib. Ini kerana
otak akan berfungsi menyerap ilmu dengan aktif 2 jam selepas makan. Sekiranya
makan malam pada jam 8 pm, kira-kira jam 10pm baru dapat belajar dengan baik
dan kebanyakannya hanya boleh bertahan hingga jam 12am...jadi, tak banyak yang
boleh dipelajari berbanding kalau makan jam 6pm - 7pm .