Kenapa Aku Sangat Mencintainya :'(

Ada yang tanya kenapa aku sayang sangat kat ex aku si W.L.I tu.. padahal muka biasa2 je apetah lagi pergaulan die.. lain la kalau die tuh ustazah ke,anak ulamak ke..  aku jadi terdiam seketika tak tahu apa jawapan yang sesuai untuk diberikan. Lama jugak aku diam sebab yang Tanya tuh perempuan.. kalau laki senang sikit..orang perempuan ni rumit sikit cara bicaranya sebab dipenuhi emosi.. slow2 aku memulakan bicara.. yee mungkin pada pandangan orang lain W.L.I ni wanita biasa sama je macam wanita yang lain.. kalu aku bukak mata luas-luas ramai je wanita kat luar sana yang iras2 macam dia,maksud aku pernah dikecewakan,mempunyai ramai kenalan lelaki tetapi yang menjadikan aku terpikat kat si W.L.I sebab bezanya dia dh tak nak jadi macam tuh tapi keadaan sekeliling yg mendesak dia jadi macam tuh..  paham tak?? Dia pernah cakap dia cuba nak mempelajari ilmu agama lebih mendalam tapi masalahnya dia tak tahu siapa yang patut dicari,dia ingin menjadi isteri yang taat dan setia tapi jantan-jantan termasuk aku mempersendakan keinginannya. Ambik dia wat gf pastu lambat2kan keinginan dia. Bukan masuk meminang terus, aku yakin kalau dia dah jadi bini kepada seseorang,lelaki tuh sebenarnya sangat2 beruntung.. aku tau dia mampu setia,aku tau dia mampu berdikari dan aku tau dia akan sentiasa ada disaat si suami sangat2 memerlukan dia. Aku dan lalui semua tuh.. kadang-kadang terasa syahdu sangat2 bila aku sakit dia jaga aku macam jaga nyawa dia sendiri. Dia sanggup xtido malam sbb nak jaga aku yang manja.. cuba kau cakap macam mana aku boleh lupakan dia macam tu je. Dia bukan saja bagi rasa cintaa tapi dia dah macam tunjuk jalan supaya aku cari Allah andai dia xbersama aku lagi.. sekarang aku mampu bahagia,berjaya atas sebab 1 ucapannya yang cukup bermakna “ perancangan dia lebih baik”.. ayat ni telah membakar semangat aku untuk hidup tanpa dia.. Cuma apa yang aku harapkan moga dia temui sesorang yang mampu bimbing dia mempelajari ilmu agama.. teringin sanagt bila melawat kedai dia nnati aku nak tengok si dia bertudung labuh sambil ditemani suami dan jugak anak-anak yg comel macam dia.. hihihi tudung labuh tuh bukan sekadar hiasan tapi membuktikan hasrat untuk dia mendalami ilmu agama tercapai jua.  Waktu tuh mungkin aku akan ikhlas 100% melepaskan dia bersama org lain.. janganlah nak Tanya apa yang aku rasa  bila dipaksa hidup tanpa dia sebab aku sendiri xtaw macam mana nak menghuraikan mengenai rasa tersebut.. sebak,sedih,sayu,pilu semua bermain didalam namun Allah telah tenangkan segalanya selepas bersujud mengadu padaNya.. Bersujudlah :’(