Kenapa Aku Sangat Mencintainya :'(

Ada yang tanya kenapa aku sayang sangat kat ex aku si W.L.I tu.. padahal muka biasa2 je apetah lagi pergaulan die.. lain la kalau die tuh ustazah ke,anak ulamak ke..  aku jadi terdiam seketika tak tahu apa jawapan yang sesuai untuk diberikan. Lama jugak aku diam sebab yang Tanya tuh perempuan.. kalau laki senang sikit..orang perempuan ni rumit sikit cara bicaranya sebab dipenuhi emosi.. slow2 aku memulakan bicara.. yee mungkin pada pandangan orang lain W.L.I ni wanita biasa sama je macam wanita yang lain.. kalu aku bukak mata luas-luas ramai je wanita kat luar sana yang iras2 macam dia,maksud aku pernah dikecewakan,mempunyai ramai kenalan lelaki tetapi yang menjadikan aku terpikat kat si W.L.I sebab bezanya dia dh tak nak jadi macam tuh tapi keadaan sekeliling yg mendesak dia jadi macam tuh..  paham tak?? Dia pernah cakap dia cuba nak mempelajari ilmu agama lebih mendalam tapi masalahnya dia tak tahu siapa yang patut dicari,dia ingin menjadi isteri yang taat dan setia tapi jantan-jantan termasuk aku mempersendakan keinginannya. Ambik dia wat gf pastu lambat2kan keinginan dia. Bukan masuk meminang terus, aku yakin kalau dia dah jadi bini kepada seseorang,lelaki tuh sebenarnya sangat2 beruntung.. aku tau dia mampu setia,aku tau dia mampu berdikari dan aku tau dia akan sentiasa ada disaat si suami sangat2 memerlukan dia. Aku dan lalui semua tuh.. kadang-kadang terasa syahdu sangat2 bila aku sakit dia jaga aku macam jaga nyawa dia sendiri. Dia sanggup xtido malam sbb nak jaga aku yang manja.. cuba kau cakap macam mana aku boleh lupakan dia macam tu je. Dia bukan saja bagi rasa cintaa tapi dia dah macam tunjuk jalan supaya aku cari Allah andai dia xbersama aku lagi.. sekarang aku mampu bahagia,berjaya atas sebab 1 ucapannya yang cukup bermakna “ perancangan dia lebih baik”.. ayat ni telah membakar semangat aku untuk hidup tanpa dia.. Cuma apa yang aku harapkan moga dia temui sesorang yang mampu bimbing dia mempelajari ilmu agama.. teringin sanagt bila melawat kedai dia nnati aku nak tengok si dia bertudung labuh sambil ditemani suami dan jugak anak-anak yg comel macam dia.. hihihi tudung labuh tuh bukan sekadar hiasan tapi membuktikan hasrat untuk dia mendalami ilmu agama tercapai jua.  Waktu tuh mungkin aku akan ikhlas 100% melepaskan dia bersama org lain.. janganlah nak Tanya apa yang aku rasa  bila dipaksa hidup tanpa dia sebab aku sendiri xtaw macam mana nak menghuraikan mengenai rasa tersebut.. sebak,sedih,sayu,pilu semua bermain didalam namun Allah telah tenangkan segalanya selepas bersujud mengadu padaNya.. Bersujudlah :’(

Masih Mencintainya

Lirik Lagu Masih Mencintainya: Papinka

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya
wooo wooo

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/06/lirik-lagu-masih-mencintainya-papinka.html#ixzz2eEcTeir5

Nak dengar lagu nih aku ada sediakan link youtube..ko layan lah..

https://www.youtube.com/watch?v=YqVOEY__8R8

Dulu Awak Wanita Murah Sekarang Awak Dah Berpurdah :)

Terkejut bila jumpa kembali kekasih lama(kekasih k) HaHaHa.. bukan kekasih tapi scandal lama yang ketara perbezaannya.. siapa empunya badan biarlah rahsia tapi yang pasti dulu kalau ada orang ajak di ke katil memang senang je.. tapi sekarang bila jumpa kembali masyaAllah sudah berpurdah dan hebat agamanya. Bila ditanya macam mana boleh berubah sampai jadi macam ni. jawapan yang diberi cukup menyentuh hati.. kali ni saya akan kongsikan untuk jadikan iktibar.

"sy mengaku dulu sy liar,macam-macam dah saya buat. boleh diumpamakan susu yang dah dicampurkan dengan macam-macam pewarna yang lain. terok sgt. dulu sy syg sgt pakwe sy,sampai sy sggup hilang keluarga hanya sbb dia, 1hari dia tinggalkan sy,sy buntu tiada lg tempat nak bergantung, nak kembali pd fmly sy malu sgt jd sy mundar mandir mcm org gila sampailah sy terdengar seruan azan, waktu tu sy xtahu dr mana datang sy suara berbisik " Kembalilah kepada penciptamu.. Dia tetap akan menerimamu".. tnpa fikir panjang sy melangkah ke masjid. dah lama sy tggal semayang tp Allah dah utuskan seseorang utk ajarkan sy kembali.dengan lapang dada sy kembali kesisi Allah. Bila Allah memilih kita utk merasa hidayahNya,walaupon pernah digelar pelacur kita tetap akan rasa kemanisan bersama Allah. sy xkisah bila kena label wanita murah sbb itu masa silam sy,sy menyesal dan sy senang sy yang sekarang :)

Cara Makan Yang Terbaikkkk


Sabda Rasulullah S.A.W :

 " Orang yang berpegang pada sunnahku pada saat umatku dilanda kerosakan , maka pahalanya seperti seorang yang gugur syahid "

1 * Jangan Makan/Minum







2 * Makan buah sebelum breakfast, lunch dan dinner
Kalau kita perhatikan, kebanyakan orang mengambil buah-buahan selepas makan makanan berat sebagai pencuci mulut di majlis tertentu. Budaya ini telah diamalkan oleh orang barat sejak berkurun lamanya. Hakikatnya, amalan ini tidak baik untuk kesihatan kita. Pakar pemakanan menyatakan bahawa kandungan vitamin C dalam buah-buahan yang diperoleh oleh tubuh badan selepas makan adalah 0%. Hal ini kerana kandungan vitamin ini semakin berkurangan saat badan kita sibuk mencerna makanan berat yang kita makan sebelumnya. Oleh itu, jadilah orang pertama yang mengubah tradisi dengan menikmati buah-buahan terlebih dahulu supaya menjadi ikutan buat orang lain di suatu majlis.

3 * Jangan minum air semasa makan
Saya pasti ramai antara kita pernah mengalami perut buncit. Nak tahu kenapa? Hah, perut buncit terjadi disebabkan sistem penghadaman yang kurang baik kerana minum air semasa makan. Dalam proses penghadaman kita, terdapat enzim yang membantu untuk mencernakan makanan. Air yang diminum ketika makan menyebabkan kepekatan enzim ini berkurang dan menjejaskan keberkesanannya. Jadi, minumlah air sekurang-kurangnya 15-30 minit sebelum dan selepas makan.

4 * Jangan bernafas ke dalam air ketika minum
Apabila kita menghembus ketika minum, kita sebenarnya telah mengeluarkan CO2 (carbon dioxide. Kemudian, bilamana CO2 ini bercampur dengan air, ia akan menghasilkan H2CO3 (carbonic acid) yang boleh disamakan dengan cuka. Apa yang kita tahu, asid ataupun cuka ini bertindak sebagai agen penghakis. Jadi, ia boleh menghakis sistem pencernaan kita yang boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman. Na'uzubillah...

5 * Jangan meniup air yang panas
Rasionalnya sama juga seperti pernyataan di atas iaitu mengeluarkan CO2. Rasulullah juga tidak menggemari makanan/minuman yang sangat panas kerana tiada barakahnya dan diibaratkan seperti memakan api. Justeru, biarkan dahulu makanan itu berkurang panasnya dan bersabarlah untuk menikmatinya.

6 * Kunyah makanan secara perlahan-lahan dengan mulut yang tertutup rapat
Masih ramai yang makan dengan mulut ternganga sehingga ada yang mengeluarkan bunyi, menimbulkan ketidakselesaan orang sekeliling. Makan dengan mulut yang ternganga juga sebenarnya boleh mempamerkan peribadi kita yang kurang sopan, berkemungkinan akan disalahertikan. Oleh itu, makanlah dengan mulut yang tertutup tanpa menngeluarkan bunyi demi menjaga peribadi kita sebagai seorang Muslim yang beradab.

7 * Makan dengan tangan tanpa menggunakan sudu atau garpu dan jilat jari sesudah selesai
Ahli saintis telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di celah-celah jari. Oleh sebab itulah, Rasulullah mengajar kita makan menggunakan tangan dan menjilat jari sesudah selesai makan bagi mempercepatkan proses pencernaan. Usah malu untuk makan dengan tangan dan menjilat jari ketika di khalayak ramai. Tetapi, perlu diingatkan...jangan lupa membasuh tangan sebelum dan selepas makan..serta berpada-padalah dalam menjilat jari supaya orang yang melihatnya tidak berasa geli.

8 * Makanan darat tidak boleh bercampur dengan makanan laut
Kebanyakan majlis menghidangkan dua jenis makanan iaitu makanan darat (ayam, lembu, kambing dll) dan laut (ikan, sotong, udang dll). Hal ini adalah untuk memberi kemudahan bagi mereka yang tidak boleh menjamah salah satu jenis hidangan ini. Tetapi bagi seseorang yang boleh menikmati kedua-dua jenis makanan ini, seeloknya, ambillah satu jenis hidangan sahaja. Saintis membuktikan bahawa ion yang terkandung dalam makanan darat adalah bercas positif (+) manakala makanan laut bercas negatif (-). Tindak balas biokimia yang terhasil boleh merosakkan usus. Nabi juga menegah kita makan ikan bersama susu kerana susu terhasil daripada ternakan darat.

9  Dinner sebelum maghrib menjelang
Rasulullah makan malam sebelum waktu maghrib. Ini kerana otak akan berfungsi menyerap ilmu dengan aktif 2 jam selepas makan. Sekiranya makan malam pada jam 8 pm, kira-kira jam 10pm baru dapat belajar dengan baik dan kebanyakannya hanya boleh bertahan hingga jam 12am...jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan jam 6pm - 7pm .







ADAB BERGAMBAR, MENGAMBIL GAMBAR DAN MENYEBARKAN GAMBAR

Hukum-hakam Fotografi Dalam Islam

Sekarang ni ramai yang dah mula obses dengan fotografi. Kamera DSLR menjadi impian ramai orang samada muda remaja mahupun tua belia termasuklah aku yang hanya mampu memiliki kamera handphone 5.0 megapixel buat masa ini. Bukan setakat menjadi hobi. Malah ada yang menjadikan bidang fotografi sebagai sumber pendapatan.

Tapi, dalam keghairahan kita bergambar, mengambil gambar dan menyebarkan gambar, kita terlupa mengenai hukum-hakam fotografi dalam Islam yang kita telah langgar samada secara sedar ataupun tidak sedar mahupun pura-pura tak sedar.


1. Apa hukum fotografi?
Hukum asal bagi gambar fotografi adalah diharuskan selagimana tidak terdapat unsur-unsur yang diharamkan dalam syariat Islam seperti untuk mengagungkannya. Pengagungan ini sama ada kerana agama atau dunia. Lebih-lebih lagi yang diagungkan itu adalah orang-orang kafir dan fasik dan artis-artis yang melampau.

2. Apa hukum mengambil gambar model yang tidak menutup aurat?
Haram samada model lelaki, wanita ataupun khunsa. Apatah lagi jika gambar yang diambil adalah gambar bogel.

3. Apa hukum menyebarkan gambar yang tidak menutup aurat untuk tatapan orang lain?
Setiap yang haram dilihat maka haram juga diperlihatkan kepada orang lain. Maka, haram menyebarkannya samada di internet, majalah, akhbar dan lain-lain. Selama mana gambar-gambar tersebut belum didelete, maka selama itulah fotografer mendapat saham dosa. Termasuklah model gambar tersebut.

4. Halalkah rezeki yang saya perolehi hasil upah mengambil gambar pengantin atau model yang tidak menutup aurat?
Tidak halal. Mengikut kaedah fiqh, yang haram penggunaannya, haram pula memperolehnya. Contoh lain, jika minum arak itu haram, haram juga kita menjualnya walaupun kita tidak minum arak. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

5. Apa hukum mengambil gambar pre-wedding?
Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam. Yang menjadi isu ialah sentuhan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah haram kerana pasangan itu bukan muhrim kerana mereka belum sah dinikahkan.

6. Bagaimana dengan gambar pengantin yang sudah sah berkahwin berposing dan berpelukan?
Walaupun sudah sah sebagai suami isteri, itu tidak bermakna harus bercumbu-cumbuan, berkepit dan berposing secara berlebihan di atas katil untuk tatapan umum . Tidak salah berposing dengan mesra. Tapi jagalah batasannya agar tidak terlalu over dan boleh membangkitkan shahwat orang yang melihatnya.

7. Saya hanya ingin berkarya. Saya hanya perlukan kritikan terhadap hasil karya tersebut.
Kembali kepada Islam samada kita ini fotografer, model ataupun siapa saja. Tunjukkan kepada orang lain bahawa gambar yang cantik tak semestinya model yang tidak menutup aurat atau yang haram dilihat. Islam tidak menghalang fotografi cuma kita perlu mengawalnya sahaja agar tidak melampaui garis panduan agama.

*rujukan : komuniti iluvislam , media.isnet , iniwootwoot , digitalmukmin


p/s : Hentikanlah menyebarkan gambar-gambar yang tidak menutup aurat sekalipun gambar tersebut bukan gambar anda. Menyebarkan gambar selebriti barat yang tidak menutup aurat pun berdosa, apatah lagi jika gambar orang Islam sendiri.

SZ : Terbukti manusia yang degil tidak mahu menutup aurat ni memang sangat menyusahkan semua orang. Tu je sebenarnya.


Kredit utk ::blog szlihin.com

No plat WAF 4449

Sape2 yg ada jumpa atau memiliki no plat WAF 4449 tolong hubungi aku. Hari tu aq nampak no plat ni kat perak.. tapi bila member aku cek dia kata owner orang terengganu... bila aku cari guna alamat kawan aku bagi rumah memang ada tapi hanya tinggal tiang... seriously 5 ribu sanggup bagi untuk no plat ni... tlg ye geng... ataupon WAF 449.. ni sah owner kelantan tp hari tu xsempat nak kejar kereta tuh... please

Makin Demo Bahagia Makin Make Hati



Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu
Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

p/s:: Kalau kita rasa berdendam atau xsenang duduk atas kebahagiaan org len cuba2 lah bersihkan hati... mungkin perasaan dengki atau dendam masih bersarang dalam hati.. seriously

Penyakit Angau daatang kembali !

Ya Allah baru aku sedar tergugat juga keimanan hambaMu apabila mencintai seorang insan didalam diam.. Malam ni saja dah serata dunia di alam maya ini telah aku kembara hanya untuk mencari 3 patah nama insan yang bertakhta dihati.. Mungkin aku rindu dia.. Aku nak sangat tahu khabar si dia.. Nak sangat mendengar cerita kehidupannya...Sekali lagi takdir antara kami masih tidak sehaluan...Tapi kira ok la aku masih mampu pejam mata dari melihatnya dengan rasa cinta di alam nyata ini.. walaupon jarak kami hanya 50 meter tp aku tetap tidak sapa demi menjaga rahsia cinta ini... Yla nak sapa pon tak guna kerana aku sedar cinta aku pasti takkan disambut.. Aku hanya mampu melihat dia bahagia... Sejujurnya bila aku lihat dia senyum ketawa jauh disudut hati ini ada sekelumit perasaan redha+tenang.. Mingkin aku sudah berjaya kurangkan dendam sakit hati aku terhadap si dia atas perlakuannya selama kami ditakdirkan berkenalan.. Dan aku juga mengharap si dia mampu memaafkan segala kesalanku terhadapnya.. Ya Allah sekali lagi aku ingin menjadikan Engkau sebagai pengutus perasaan rindu suci ini.. Atas kehendakMu jua rindu ini boleh dirasai kami berdua.. Jika tiada keizinanMu aku anggap ini hanyalah dugaan buatku.. Ril Rindu Awak Cucu Idris :'(

Cucu Idris maafkan sy seandainya sy masih berdoa awaklah JODOH sy.. 

Tips Keselamatan Menggunakan Mesin ATM


Jika anda "DI PAKSA" keluarkan duit di mesin ATM...

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.


Oh EXAM !

Doakan supaya aku berjaya ya geng-geng ! Sekarang dah tahun ke-2..makin tinggi makin susah ==' .. 

Rabbiyyasir Walatuassir :)